Microsoft Word: Membuat Biodata dan Advokasi Buli Siber

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

18 Januari 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Microsoft Word: Membuat Biodata yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Seramai 3 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word kerana ianya dapat mendidik dalam asas menggunakan aplikasi ini dan tugas yang dibuat ialah membuat biodata setiap peserta. Ianya akan menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan Microsft Word, cara-cara menaip, fungsi-fungsi asas papan kekunci, fungsi-fungsi asas Microsoft Word dan cara memasukkan gambar.

Di akhir kelas, peserta diberi taklimat Advokasi Buli Siber dimana ianya dapat memberikan pengajaran dan cara-cara pencegahan daripada dibuli di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali